بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. Bersyukur kita kepada Allah Ta'ala yang telah menentukan bahagian-bahagian harta pusaka kepada ahli waris yang berhak. Semoga blog tentang harta pusaka Islam memberikan manfaat kepada kita semua di dunia dan di akhirat kelak...amien... :)

Saturday, October 10, 2009

Tujuan mempelajari Ilmu Faraidh

1. Menunjukkan keistimewan & keadilan dalam sistem perundangan Islam, disamping membezakannya dengan perundangan sivil.

2. Mengetahui kesempurnaan hukum-hukum Islam.

3. Mengetahui bahagian-bahagian setiap pewaris daripada harta peninggalan simati.

4. Menjalinkan hubungan silaturrahim antara sesama ahli waris daripada terputus akibat perebutan harta tanpa mengetahui hak masing-masing.

5. Jaminan sosio-ekonomi khusunya dalam keluarga dan masyarakat.

6. Fitrah / lumrah semulajadi manusia mencintai dan memerlukan harta dalam kehidupan seharian. Sebagaimana Firman Allah (Surah al-Kahfi, ayat 46) ;
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."

7. Menggembirakan hati orang yang masih hidup, dalam ertikata pembahagian harta pusaka simati dikongsi bersama dgn ahli waris agar harta tersebut dapat diinfakkan dgn jalan yang diredhai Allah. Firman Allah (Surah ali Imran, ayat 14);
"Dijadikan indah pada (pandangan manusia) kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)."

8. Menyalurkan harta si mati kepada orang yang berhak khususnya ahli waris, dan mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan, persengketaan, permusuhan antara sesama ahli waris dalam hal pembahagian harta pusaka.

9. Mengurangkan bebanan penjaga terhadap mereka yang masih di bawah tanggungan.

Sumber daripada :- mawardi395.blogspot.com