بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. Bersyukur kita kepada Allah Ta'ala yang telah menentukan bahagian-bahagian harta pusaka kepada ahli waris yang berhak. Semoga blog tentang harta pusaka Islam memberikan manfaat kepada kita semua di dunia dan di akhirat kelak...amien... :)

Kenali Saya

BIODATA BLOGGER

Nama penuh Hilmi Haniz bin Muhammad. Berasal dari Negeri Sembilan. Anak sulong daripada 7 orang adik beradik. Telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai 3 orang anak. Menetap di Seksyen U5 Shah Alam, Selangor. 

Didikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Tua (UPSR), Sekolah Menengah Taman Selayang (PMR), Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SPM). Kemudian mendalami ilmu agama di Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah (Pondok Pasir Tumbuh). 

Seterusnya ke Mesir untuk mempelajari Bahasa Arab dan mengambil sanad Al-Quran. Di Mesir juga ustaz berpeluang untuk mendalami secara terperinci ilmu faraidh dengan ustaz Jabal Alam Shah. Di sana juga, ustaz berpeluang untuk menulis buku tentang ilmu faraidh yang dinamai Fajar Faraidh. 

Kemudian ustaz menyambung pengajian dengan mengambil Diploma Perancangan Kewangan Islam, Universiti Malaya. 

Ustaz mempunyai tauliah mengajar daripada MAIS. Pernah mengajar di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Faizeen dan Asia Pacific Smart School. Setelah berhenti mengajar, ustaz menubuhkan Akademi Alif iaitu pusat pendidikan Al Quran, Fardhu Ain dan Faraidh di Kota Damansara 

Pernah mengadakan beberapa Bengkel Faham Faraidh kepada umum di akademi dan juga jemputan daripada pihak luar seperti Selangor Bar, Masjid Puncak Alam, Persatuan Peguam Syarie Kelantan, Selangor Bar dan Majlis Agama Islam Tangkak, Johor.
Di antara bengkel yang telah diadakan :


Nama Bengkel Tempat Tarikh
1. Kursus Faham Faraidh Masjid Jamek Tangkak, Johor 24 Feb 2016
2. Faham Faraidh - Asas Akademi Alif 17 Apr 2016
3. Seminar Celik Faraidh Hotel Ansar, Kota Bharu 20 Ogos 2016
4. Faham Faraidh - Asas Akademi Alif 16 Okt 2016
5. Faham Faraidh - Asas Akademi Alif 13 Dis 2016
6. Faham Faraidh - Asas Masjid LTSAAS, Subang 31 Dis 2016
7. Seminar Pengurusan Harta Faraidh   Kulim Hi-Tech Park 04 Feb 2017
8. Faham Faraidh - Asas Masjid LTSAAS, Subang 09 Apr 2017
9. Faham Faraidh - Lanjutan Akademi Alif 30 Apr 2017
10. Faham Faraidh - Asas Wasiyyah Shoppe 30 Julai 2017
11. Kenali Faraidh dan Pengurusan H.P. Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh 12 Ogos 2017
12. Faham Faraidh - Asas Akademi Alif 17 Sep 2017
13. Faham Faraidh - Lanjutan Akademi Alif 29 Okt 2017
14. Faham Faraidh - Asas Masjid Kota Damansara 21 Jan 2018
15. Faham Faraidh - Lanjutan Masjid Kota Damansara 28 Jan 2018
16. Faham Faraidh - Asas Akademi Alif 04 Feb 2018
17. Faham Faraidh - Lanjutan Akademi Alif 11 Feb 2018
18. Faham Faraidh - Asas Akademi Alif 01 Apr 2018
19. Munasakhat Mudah – Excel Akademi Alif 29 Mei 2018
20. Seminar Faraidh Selangor Bar Committee 09 Ogos 2018
21. Celik Faraidh Masjid Puncak Alam 23 Sept 2018
22. Faham Faraidh - Asas Akademi Alif 07 Okt 2018
23. Faham Faraidh - Pertengahan Akademi Alif 14 Okt 2018
24. Faham Faraidh - Lanjutan Akademi Alif 21 Okt 2018
25. Munasakhat Mudah – Excel Akademi Alif 28 Okt 2018