بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. Bersyukur kita kepada Allah Ta'ala yang telah menentukan bahagian-bahagian harta pusaka kepada ahli waris yang berhak. Semoga blog tentang harta pusaka Islam memberikan manfaat kepada kita semua di dunia dan di akhirat kelak...amien... :)

Kira


PEMBILANG DAN PENYEBUT

Dalam pecahan terdapat 2 bahagian angka iaitu pembilang iaitu angka yang berada di depan atau di atas dan penyebut iaitu angka yang berada di belakang atau di bawah. Pemisah antara keduanya ditanda dengan simbol ( / ) atau ( - ). Contohnya :-
1/2 – disebut satu perdua.
Angka 1 dinamakan pembilang manakala 2 dinamakan penyebut.

OPERASI MATEMATIK

1. Tambah dan tolak

a. Penyebut Sama atau Tamatsul ( التماثل)

Operasi tambah dan tolak dalam 2 pecahan atau lebih dapat dilakukan dengan syarat penyebut bagi kedua-dua adalah sama. Dalam ilmu faraidh ia dikenali sebagai Asal Masalah ( أصل المسألة )
Jika sama, pembilang ditambah atau ditolak dan penyebut dikekalkan nilainya. Contoh :-

1/6 + 4/6 = 5/6

b. Penyebut Tidak Sama

Apabila penyebut-penyebut bagi pecahan yang mahu ditambah atau ditolak berbeza nilainya kita tidak boleh terus menambah atau menolak nilai pembilang.
Oleh itu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mencari Asal Masalah bagi setiap pembilang supaya penyebut-penyebut itu sama nilainya.
Ianya terbahagi kepada 3 kumpulan :-

i. Tadakhul (التداخل)

Iaitu satu pecahan mempunyai bilangan penyebut yang kecil tetapi boleh digandakan menjadi sama dengan bilangan penyebut yang besar pada pecahan yang kedua seperti:-

1/2 + 1/8

Cara menyesaikan masalah ini dengan menggandakan pecahan yang pertama sehingga penyebutnya sama dengan pecahan yang kedua (asal masalah). Contoh :-

1/2 + 1/8
= ( 1/2 x 4/4 ) + 1/8
= 4/8 + 1/8
= 5/8

ii. Tawafuq (التوافق)

Iaitu 2 pecahan yang tidak boleh diselesaikan dengan cara tadakhul tetapi terdapat satu angka yang menjadi Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) bagi kedua-dua pecahan seperti :-

1/6 + 1/8

Cara menyelesaikan masalah ini dengan menggandakan pecahan pertama dan pecahan kedua sehingga bertemu pada angka penyebut yang sama bagi kedua-dua pecahan (Asal Masalah). Contohnya :-

1/6 + 1/8
= ( 1/6 x 4/4 ) + ( 1/8 + 3/3 )
= 4/24 + 3/24
= 7/24

iii. Tabayun (التباين)

Iaitu 2 pecahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara tawafuq seperti : -

1/3 + 1/5

Masalah ini diselesaikan dengan cara mendarabkan kedua-dua penyebut. Kemudian pembilang pecahan pertama didarabkan dengan penyebut pecahan kedua dan pembilang pecahan kedua didarabkan dengan penyebut pecahan pertama (darab silang). Contohnya :-

1/3 + 1/5
= ( 1/3 x 5/5 ) + ( 1/5 x 3/3 )
= 5/15 + 3/15
= 8/15

Memandangkan ruang perbincangan kita dalam ilmu faraidh hanya mencakupi 6 pecahan sahaja ( 1/2, 1/4, 1/8, 2/3, 1/3, 1/6 ) maka Asal Masalahnya hanyalah 4, 6, 8, 12, dan 24.

Para ulama telah memudahkan kepada kita cara untuk mencari Asal Masalah dengan membahagikan pembahagian fardhu kepada 2 kumpulan :-

• Kumpulan Pertama – 1/2, 1/4 dan 1/8
• Kumpulan Kedua – 2/3, 1/3 dan 1/6

Kaedahnya ialah apabila kumpulan pertama dan kedua bertemu sesama sendiri di dalam kumpulan mereka sahaja. Contohnya ( 1/2 dan 1/8 ) maka :-

a. Asal Masalah diambil daripada penyebut yang paling besar iaitu ( 1/8 )
b. Kemudian penyebut yang kecil iaitu (2) didarabkan dengan angka yang menjadikan nilai ia sama dengan penyebut yang besar (8) iaitu 4 ( 2 x 4 = 8 )
c. Selepas itu, angka 4 itu juga didarabkan dengan pembilang yang kecil iaitu 1 menjadikan 4 ( 1 x 4 = 4 )
d. Maka hasillah pecahan yang baru iaitu 4/8
e. Jadilah 4/8 + 1/8
f. Seterusnya dicampurkan pembilang masing-masing menghasilkan 5/8.

Contoh lain :-

2/3 + 1/6 => (2/3) x (2/2) => 4/6 + 1/6 = 5/6

Jika kumpulan tersebut bertemu antara satu sama lain maka digunakan kaedah seperti di bawah :-

a. Jika (1/2) bertemu dengan salah satu atau kesemua dari kumpulan kedua maka Asal Masalahnya ialah 6. Contohnya

• 1/2 + 1/6 => 3/6 + 1/6 = 4/6
• 1/2 + 2/3 => 3/6 + 4/6 = 7/6

b. Jika (1/4) bertemu dengan salah satu atau kesemua dari kumpulan kedua maka Asal Masalahnya ialah 12. Contohnya

• 1/4 + 1/3 => 3/12 + 4/12 = 7/12
• 1/4 + 2/3 => 3/12 + 8/12 = 11/12

c. Jika (1/8) bertemu dengan salah satu atau kesemuanya dari kumpulan kedua maka Asal Masalahnya ialah 24. Contohnya

• 1/8 + 1/3 => 3/24 + 8/24 = 11/24
• 1/8 + 1/6 => 6/24 + 8/24 = 14/24

2. Darab

Dalam operasi ini hanya didarabkan sesama pembilang dan penyebut untuk menyelesaikan sesuatu pengiraan. Contoh :-

• 1/2 x 2/3 => 1 x 2 dan 2 x 3 = 2/6
• 1/8 x 1/3 => 1 x 1 dan 8 x 3 = 1/24

3. Bahagi

Untuk menyelesaikan penghitungan dalam operasi pembahagian dengan cara seperti berikut:-

a. Contoh pada masalah 1/2 ÷ 2/3
b. Ditukarkan (÷) menjadi (x) dan dibalikkan (2/3) menjadi (3/2)
c. Menjadi 1/2 x 3/2
d. 1/2 x 3/2 => 1 x 3=3 dan 2 x 2 = 4 => 3/4
4. Baki

Terkadang suatu pecahan itu mempunyai baki. Ini berlaku apabila penyebut lebih besar daripada pembilang.
Cara mencari bakinya ialah dengan angka penyebut atau ASAL MASALAH tolak angka pembilang
Contohnya

• 1/2 bakinya ialah 1/2 (2-1=1)
• 2/9 bakinya ialah 7/9 (9-2=7)

Jadual Pengiraan

PENGENALAN
Untuk memudahkan menyelesaikan masalah faraidh, jadual pengiraan digunakan. Terdapat pelbagai jadual pengiraan yang digunakan oleh 'ulama faraidh bagi tujuan ini. Masing-masing ada kelebihannya tersendiri.
Dalam buku ini akan digunakan 3 jadual pengiraan iaitu:-
1. Jadual Pertama
Ahli Waris
Bhgn
AM
Pblng Baru
Jum Pblng Baru
Baki
Bhgn Baru A
Jadual yang pertama digunakan untuk menentukan bahagian yang baru bagi ahli fardhu dan ahli 'asobah.
Keterangan :-
a) Ruangan Ahli Waris diisi dengan ahli waris yang berhak sahaja mendapat harta pusaka beserta bilangan mereka. Bagi ahli waris yang tertegah dan terhalang, tidak perlu diletakkan.
b) Ruangan Bahagian (Bhgn) diletakkan bahagian bagi ahli fardhu yang telah ditetapkan Syari’ah. Manakala bagi ahli ‘asobah ditulis perkataan baki.
c) Ruangan Asal Masalah (AM) adalah Asal Masalah bagi pecahan-pecahan yang berbeza penyebut. Sila rujuk dalam Bab Operasi Matematik bagaimana untuk mendapatkan nilai Asal Masalah. Bagi pecahan-pecahan yang mempunyai nilai yang sama, ruangan Asal Masalah diletakkan nilai penyebut pecahan tersebut (sila lihat Contoh 1)
d) Ruangan Pembilang Baru (Pblg Baru). Cara mencari pembilang baru bagi setiap ahli waris ialah dengan mendarabkan bahagian masing-masing dengan Asal Masalah (AM).
e) Ruangan Jumlah Pembilang (Jum Pblg). Semua pembilang baru dicampurkan.
f) Ruangan Baki. Baki boleh diperolehi apabila nilai Asal Masalah (AM) lebih besar daripada Jumlah Pembilang Baru. (Sila lihat Contoh 4)
g) Ruangan Bahagian Baru A (Bhgn Baru A). Cara mendapatkan bahagian baru bagi ahli waris ialah dengan menjadikan Asal Masalah sebagai penyebut dan Pembilang Baru sebagai pembilang. (Sila lihat Contoh 3)
2. Jadual Kedua
Ahli Waris
Nisbah
Pblng
Pybt
Bhgn
Bhgn Baki
Bhgn Baru B
Adapun jadual yang kedua hanya bagi golongan 'asobah dengan yang lain (العصبة بالغير) sahaja kerana bahagian mereka dinisbahkan 2:1. Jadual ini digunakan untuk menentukan bahagian baru bagi setiap ahlinya.
Keterangan :-
a) Ruangan Ahli Waris dimasukkan ahli waris lelaki dan perempuan(العصبة بالغير) sahaja dan bilangan mereka. (sila lihat Contoh 8)
b) Ruangan Nisbah diisi dengan nisbah yang telah ditetapkan iaitu 2 bagi lelaki dan 1 bagi perempuan. (sila lihat Contoh 8)
c) Ruangan Pembilang (Pblg). Cara mendapatkan pembilang ialah dengan mendarabkan bilangan ahli waris dengan nisbah masing-masing. (sila lihat Contoh 8)
d) Ruangan Penyebut (Pybt). Cara menghasilkan penyebut ialah dengan mencampurkan pembilang-pembilang. (sila lihat Contoh 8)
e) Ruangan Bahagian (Bhgn) diisi dengan pecahan yang terhasil daripada nilai penyebut dan pembilang. (sila lihat Contoh 8)
f) Ruangan Bahagian Baki (Bhgn Baki). Jika ada ahli fardhu, bahagian ‘asobah dalam bentuk pecahan diambil daripada Jadual Pertama. (sila lihat Contoh 9)
g) Ruangan Bahagian Baru B (Bhgn Baru B). Ianya terhasil dengan mendarabkan pecahan di dalam ruangan Bahagian dengan pecahan di dalam ruangan Bahagian ‘Asobah. (sila lihat Contoh 9)
3. Jadual Ketiga
Ahli Waris
Bhgn Baru A & B
Bil Ahli
Bhgn Baru C
AM
Pblg
Baru
Tashih
Manakala jadual yang ketiga digunakan untuk mengetahui bahagian baru bagi setiap ahli waris yang akan didarabkan dengan harta pusaka. Oleh itu penyebut-penyebut bagi setiap bahagian ahli waris perlu disamakan. Dalam ilmu faraidh ia diistilahkan sebagai Tashih ( تصحيح ).
Keterangan :-
a) Ruangan Ahli Waris diletakkan kesemua ahli waris dari Jadual Pertama dan Jadual Kedua jika ada. Jika ada ahli waris yang lebih daripada satu dalam kedudukannya, letakkan nama mereka atau tandakan dengan simbol seperti A, B, C atau X, Y, Z. Contohnya ada 3 orang anak perempuan. Maka dalam ruangan ini ditulis Ap A, Ap B dan Ap C. (sila lihat Contoh 2)
b) Ruangan Bahagian (Bhgn) Baru A & B dimasukkan bahagian yang terhasil daripada Jadual Pertama dan Jadual Kedua. (sila lihat Contoh 9)
c) Ruangan Bilangan Ahli (Bil Ahli) diisikan jumlah bilangan ahli waris seperti 3 orang anak lelaki. (sila lihat Contoh 9)
d) Ruang Bahagian Baru C (Bhgn Baru C). Cara untuk mendapatkan pecahan bagi bahagian baru C ialah dengan membahagikan pecahan di dalam bahagian baru A dan B dengan bilangan ahli. (sila lihat Contoh 9)
e) Ruangan Asal Masalah (AM) diisikan dengan Asal Masalah bagi pecahan-pecahan dalam ruangan Bahagian Baru C yang berbeza nilai penyebutnya. (sila lihat Contoh 9)
f) Ruangan Pembilang Baru (Pblg Baru). Cara mencari pembilang baru ialah dengan mendarabkan bahagian baru C dengan Asal Masalah. (sila lihat Contoh 9)
g) Ruangan Tashih diletakkan pecahan yang terhasil apabila pembilang diambil daripada Pembilang Baru dan penyebut diambil daripada Asal Masalah

Pengiraan Ahli Fardhu
Contoh 1
Mati seseorang meninggalkan suami dan seorang saudara perempuan seibu sebapa.
Ahli Waris
Bhgn
AM
Pblg Baru
Jum Pblg Baru
Baki
Bhgn Baru A
Su
1 Spib
1/2
1/2
2
1
1
2
-
1/2
1/2
Ahli Waris
Bhgn Baru A & B
Bil Ahli
Bhgn Baru C
AM
Pblg Baru
Tashih
Su
1/2
1
1/2
-
-
1/2
Spib
1/2
1
1/2
-
1/2
Contoh 2
Mati seseorang meninggalkan 2 orang saudara lelaki seibu dan 3 orang saudara perempuan seibu sebapa.
Ahli Waris
Bhgn
AM
Pblg Baru
Jum Pblg Baru
Baki
Bhgn Baru A
2 Sli
3 Spib
1/3
2/3
3
1
2
3
-
1/3
2/3
Ahli Waris  






Sli A
1/3
2
1/6
18
3
3/18
Sli B
1/6
3
3/18
Spib X
2/3
3
2/9
4
4/18
Spib Y
2/9
4
4/18
Spib Z
2/9
4
4/18
Contoh 3
Mati seseorang meninggalkan ibu, suami dan 2 orang saudara perempuan seibu.
Ahli Waris
Bhgn
AM
Pblg Baru
Jum Pblg Baru
Baki
Bhgn Baru A
Su
Ib
2 Spi
1/2
1/6
1/3
6
3
1
2
6
-
3/6
1/6
2/6
Ahli Waris
Bhgn Baru A & B
Bil Ahli
Bhgn Baru C
AM
Pblg Baru
Tashih
Su
3/6
1
1/6
-
-
1/6
Ib
1/6
1
1/6
-
1/6
Spib Y
2/6
2
1/6
-
1/6
Spib Z
1/6
-
1/6
Contoh 4
Mati seseorang meninggalkan bapa, ibu, 4 orang isteri dan seorang cucu perempuan bagi anak lelaki.
Ahli Waris
Bhgn
AM
Pblg Baru
Jum Pblg Baru
Baki
Bhgn Baru A
Bp
Ib
4 Is
1 Cp
1/6 + baki
1/6
1/8
1/2
24
4
4
3
12
23
1
5/24
4/24
3/24
12/24
Ahli Waris
Bhgn Baru A & B
Bil Ahli
Bhgn Baru C
AM
Pblg Baru
Tashih
Bp
5/24
1
5/24
96
20
20/96
Ib
4/24
1
4/24
16
16/96
Is A
3/24
4
3/96
3
3/96
Is B
3/96
3
3/96
Is C
3/96
3
3/96
Is D
3/96
3
3/96
Cp
12/24
1
12/24
48
48/96

Pengiraan 'Asobah

'ASOBAH DENGAN SENDIRI
( العصبة بالنفس )
1. Seperti mana yang diketahui, hukum pembahagian bagi golongan ‘Asobah ada 3. Mereka akan mendapat seluruh harta pusaka jika tiada ahli fardhu. Manakala jika ada ahli fardhu, mereka akan mengambil baki setelah bahagian ahli fardhu diberikan. Itupun kalau ada lagi baki. Jika tiada, maka mereka tidak memperolehi harta pusaka.
2. Golongan ‘Asobah Dengan Sendiri berada di dalam ketiga-tiga hukum 'asobah iaitu :-
a) Mendapat keseluruhan harta.
Contoh 5
Seseorang meninggal dunia mempunyai 3 orang anak lelaki sahaja.
Ahli Waris
Bhgn Baru A & B
Bil Ahli
Bhgn Baru C
AM
Pblg Baru
Tashih
Al X
1
3
1/3
-
-
1/3
Al Y
1/3
-
1/3
Al Z
1/3
-
1/3
b) Mendapat baki
Contoh 6
Mati seseorang meninggalkan seorang isteri, ibu, seorang saudara lelaki seibu dan 3 orang bapa saudara seibu sebapa.
Ahli Waris
Bhgn
AM
Pblg Baru
Jum Pblg Baru
Baki
Bhgn Baru A
Ib
1 Is
1 Sli
3 Bsib
1/3
1/4
1/6
Baki
12
4
3
2
9
3
4/12
3/12
2/12
3/12
Ahli Waris
Bhgn Baru A & B
Bil Ahli
Bhgn Baru C
AM
Pblg Baru
Tashih
Ib
4/12
1
4/12
-
-
4/12
Is
3/12
1
3/12
-
3/12
Sli
2/12
1
2/12
-
2/12
Bsib A
3/12
3
1/12
-
1/12
Bsib B
1/12
-
1/12
Bsib B
1/12
-
1/12
c) Tidak mendapat harta
Contoh 7
Seseorang meninggal dunia mempunyai 2 orang saudara perempuan seibu sebapa, 2 orang saudara perempuan seibu dan seorang anak lelaki saudara lelaki seibu sebapa.
Ahli Waris
Bhgn
AM
Pblg Baru
Jum Pblg Baru
Baki
Bhgn Baru A
2 Spib
2 Spi
ASlib
2/3
1/3
Baki
-
-
-
-
-
2/3
1/3
Tiada
Ahli Waris
Bhgn Baru A
Bil Ahli
Bhgn Baru C
AM
Pblg Baru
Tashih
Spib A
2/3
2
1/3
6
2
2/6
Spib B
1/3
2
2/6
Spi X
1/3
2
1/6
1
1/6
Spi Y
1/6
1
1/6

'ASOBAH DENGAN YANG LAIN
( العصبة بالغير )
1. Cara pengiraan bagi golongan ini dengan menggunakan kaedah seorang lelaki bersamaan dengan 2 orang perempuan iaitu nisbah 2 : 1
2. Jadual yang kedua digunakan bagi menyelesaikan masalah ini.
3. Untuk mencari bahagian masing-masing dalam bentuk pecahan dengan :-
a) Mencari pembilang – caranya bilangan anak lelaki akan didarabkan dengan 2 dan bilangan anak perempuan didarabkan dengan 1.
b) Mencari penyebut – caranya mencampurkan kedua-dua pembilang.
c) Menentukan bahagian mereka. Caranya ialah gabungkan pembilang dan penyebut menjadi satu pecahan.
d) Jika tiada ahli fardhu, bahagian mereka yang tersebut itu menjadi Bahagian Baru B.
e) Jika terdapat ahli fardhu, bahagian mereka akan didarabkan dengan Bahagian Baki (bahagian ‘asobah yang mereka perolehi daripada Jadual Pertama) untuk dijadikan Bahagian Baru B.
4. Mereka juga berada di dalam ketiga-tiga hukum 'asobah iaitu:-
a) Mendapat keseluruhan harta
Contoh 8
Mati pewaris meninggalkan 5 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan sahaja.
Ahli Waris
Nisbah
Pblng
Pybt
Bhgn
Bhgn Baki
Bhgn Baru B
5 Al
2 Ap
x 2
x 1
10
2
12
10/12
2/12
-
-
10/12
10/12
Ahli Waris
Bhgn Baru A & B
Bil Ahli
Bhgn Baru C
AM
Pblg
Baru
Tashih
Al A
10/12
5
2/12
-
-
2/12
Al B
2/12
-
2/12
Al C
2/12
-
2/12
Al D
2/12
-
2/12
Al E
2/12
-
2/12
Ap X
2/12
2
1/12
-
1/12
Ap Y
1/12
-
1/12
b) Mendapat baki
Contoh 9
Seseorang mati meninggalkan bapa, ibu, 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.
Ahli Waris
Bhgn
AM
Pblng Baru
Jum Pblng Baru
Baki
Bhgn Baru A
Bp
Ib
3 Al
2 Ap
1/6
1/6
Baki
6
1
1
2
4
1/6
1/6
4/6
Ahli Waris
Nisbah
Pblng
Pybt
Bhgn
Bhgn Baki
Bhgn Baru B
3 Al
2 Ap
x 2
x 1
6
2
8
6/8(3/4)
2/8(1/4)
4/6
(2/3)
6/12
2/12
Ahli Waris
Bhgn Baru A & B
Bil Ahli
Bhgn Baru C
AM
Pblg
Baru
Tashih
Bp
1/6
1
1/6
12
2
2/12
Ib
1/6
1
1/6
2
2/12
Al A
6/12
3
2/12
2
2/12
Al B
2/12
2
2/12
Al C
2/12
2
2/12
Ap X
2/12
2
1/12
1
1/12
Ap Y
1/12
1
1/12
c) Tidak mendapat harta
Contoh 10
Mati seseorang meninggalkan 2 orang saudara perempuan seibu sebapa, 2 orang saudara lelaki seibu, saudara lelaki dan saudara perempuan sebapa.
Ahli Waris
Bhgn
AM
Pblng Baru
Jum Pblng Baru
Baki
Bhgn Baru A
2 Spib
2 Sli
Slb
Spb
2/3
1/3
Baki
3
2
1
3
-
2/3
1/3
Tiada
Ahli Waris
Bhgn Baru A & B
Bil Ahli
Bhgn Baru C
AM
Pblg
Baru
Tashih
Spib A
2/3
2
1/3
6
2
2/6
Spib B
1/3
2
2/6
Sli X
1/3
2
1/6
1
1/6
Sli Y
1/6
1
1/6
Contoh 11
Mati seseorang meninggalkan suami, seorang saudara perempuan seibu sebapa, seorang saudara perempuan dan seorang saudara lelaki sebapa.
Ahli Waris
Bhgn
AM
Pblng Baru
Jum Pblng Baru
Baki
Bhgn Baru A
Su
Spib
Slb
Spb
1/2
1/2
Baki
2
1
1
2
-
1/2
1/2
Tiada
* Jika tiada saudara lelaki sebapa, saudara perempuan sebapa akan mendapat 1/6. Oleh itu masalah ini dinamakan Saudara Pembawa Malang.

Hikmah lelaki mendapat 2 kali ganda bahagian daripada perempuan
ü Lelaki mempunyai kewajipan memberikan nafkah kepada ahli keluarganya, tidak wajib bagi perempuan.
ü Mahar perkahwinan wajib dibayar oleh bakal suami sahaja. Manakala bagi perempuan tidak diwajibkan membayarnya.
'ASOBAH BERSAMA YANG LAIN
( العصبة مع الغير )
1. Cara mengiranya ialah
a) Anak perempuan atau cucu perempuan akan mengambil bahagian mereka dahulu, iaitu samada 1/2 jika bersorangan, 2/3 jika 2 orang atau lebih atau 1/6 bagi cucu perempuan jika terdapat seorang anak perempuan.
b) Kemudian saudara perempuan seibu sebapa atau sebapa akan mendapat 'asobah, bukan dengan jalan fardhu. Bilangan mereka tidak memberi kesan kepada bahagian 'asobah. Jika jumlah mereka lebih daripada seorang, bahagian mereka diberikan secara sama rata.
2. Mereka hanya berada di dalan 2 hukum 'asobah sahaja iaitu :-
a) Mendapat baki
Contoh 12
Mati seseorang meninggalkan 4 orang anak perempuan dan 2 orang saudara perempuan seibu sebapa.
Ahli Waris
Bhgn
AM
Pblng Baru
Jum Pblng Baru
Baki
Bhgn Baru A
4 Ap
2 Spib
2/3
Baki
3
2
2
1
2/3
1/3
Ahli Waris
Bhgn Baru A & B
Bil Ahli
Bhgn Baru C
AM
Pblg
Baru
Tashih
Ap A
2/3
4
2/12
6
1
1/6
Ap B
2/12
1
1/6
Ap C
2/12
1
1/6
Ap D
2/12
1
1/6
Spib X
1/3
2
1/6
1
1/6
Spib Y
1/6
1
1/6
b) Tidak mendapat harta
Contoh 13
Mati seseorang meninggal suami, ibu, 2 anak perempuan dan saudara perempuan sebapa.
Ahli Waris
Bhgn
AM
Pblng Baru
Jum Pblng Baru
Baki
Bhgn Baru A
Ib
Su
2 ap
Spb
1/6
1/4
2/3
Baki
12
2
3
8
13*
-
2/13
3/13
8/13
Tiada
Ahli Waris
Bhgn Baru A & B
Bil Ahli
Bhgn Baru C
AM
Pblg
Baru
Tashih
Ib
2/13
1
2/13
-
-
2/13
Su
3/13
1
3/13
-
3/13
Ap A
8/13
2
4/13
-
4/13
Ap B
4/13
-
4/13
* Sila lihat bab Jumlah Pembilang Melebihi Asal Masalah di dalam tajuk Masalah-masalah Dalam Pengiraan